Monday, October 10, 2011

Birthday Party Putera

Ai..aritu sempat pegi join Birthday Party sorng bdk comel Putera 1st year..Actually putera ni kire my cousin ank pakcik. tp diesebaya dgn Auni.cuma tua 3 bulan dari Auni.hehe..so, ini bday Pakcik Auni..dh tua dh putera yeh..kecik2 dh jadi pakcik.hehe Majlis diadakan secara kecil-kecilan,hanya fmily my pokcik&mokcik only yg dijemput. Bertempat di....aku sendiri baru kenal pasti kewujudan Restoran itu kat Kuala Lompur tu..Name die Tamrind Neo sbelah bangunan KFC..Tmpat jgn ckp la..agk eksklusif.Parking je rm8 Hinggit. Kat sini ktorng di serve kan dgn mkanan thai.agak menarik utk dimakan skali skala.hehe.Suasana dlm bilik tu pon kelam je lampu nye.smpai Auni xrengek lngsung nk tido sbab suasana nye yg romantik..dh mcm bukan nk smbut bday putera dh gaye nye..dh mcm nk smbut aniversary daddy & mummy Putera.kiki.Ape xnye..my pakcik ade adiahkan seutas rantai white gold yg aku tgk bukan nye rntai kecik2.agak besar jgk rntai itu. kt mummy Putera.waa...alngkah indahnye klu itu Hanis.kiki.tp, klu la hanis sesenang itu..aku xkan tnggu die kasi, aku yang akan mintak tiap2 kali bday Auni.Xpon sebulan sekali nk adiah.hahaha
Rezeki masing-masingkan..kira bertuah Putera dilahirkan dalam keluarga yang serba cukup semuanya.Alhamdulillah.Auni klu nak mcm tu pon blh, ibu & baba leh kasi jgk..tp, nnti mjlis bday Auni kite bt kt rmh kita je..bukan kt restoran.klu nk kt restoran mewah cmtu..kite suh baba blanje kite bertiga je ok.hehe
Meh tgk pict2 yg besh ni..
Ini Bday boy n family

Ini give yg we all dpt..coklat

Cake Yg omel..mcm bday boy..fuh..fuh..

Dak ni pon omel..(:

Environment luar restoran..cantik..

Ini suasana dlm tu..romantika kan..(:



Thanks Daddy n Mummy Putera sbab jmput kami

Tuesday, October 4, 2011

Tanda 100 Hari Kematian


Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-Nya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walau bagaimanapun, semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam saja, sedangkan orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka ini akan dicabut tanpa peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi pada beberapa keadaan :

1. Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hamba-Nya dan hanya akan disedari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sedar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu ‘Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging sapi yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan- akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sedar dan berdetak di hatinya bahawa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sadar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

2. Tanda 40 Hari Sebelum Hari Kematian

Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu ‘Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas ‘Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

3. Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan.

4. Tanda 3 hari

Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui / difahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

5. Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu ‘Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu ‘Asar keesokan harinya.

6. Tanda akhir

Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Penutup

Sesungguhnya marilah kita bertakwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita termasuk di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda- tanda kematian ini; semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan baik dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri, dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Namun demikian, sesuai dengan sifat Allah SWT Yang Maha Kuasa lagi Pemurah, Maha Pengasih, maka diriwayatkan bahawa tarikh kematian seseorang manusia itu masih dapat diubah dengan amalan doa, baik doa dari kita sendiri maupun doa dari orang lain. Namun hal ini adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.
Oleh kerana itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan waktu dan kesehatan tubuh / badan dan juga fikiran dalam sedaya-upaya kita untuk mencari keredhaan Allah SWT di dunia mahupun akhirat kelak.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Wallahu a’lam…

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya

“Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa.

Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.”

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.

Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati sebagaimana firman Allah SWT

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, ”

(Al-Imran :185)

Jadi bermula hari ini gunakanlah peluang yang berbaki untuk beramal soleh, berazamlah serta panjatkan doa agar kita mati dalam keadaan Husnul khatimah –

seelok-elok Kesudahan/kematian” dan mohon juga dari Allah dijauhkan kesudahan yang tidak baik.

1 hari = 24 jam = 1440 minit
1440 minit / 70 (ziarah Izrail) = 20.571 minit.

Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit, Subhanallah.. Allahu Akbar.

Dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita dikembalikan..

Wallahualam

Tuesday, September 20, 2011

AllahHuAkhbar...

Teringin nye nak pegi Ke sini suatu hari nanti..

"Ya Allah..engkau makbulkan lah impian aku yang satu ini..Aku ingin sangat beribadat bersama mu disini" aminnn...( Harap Tuhan Dgr permintaan ini..(: )

Indah Nya..



Smoge kami sekeluarga dpt melawat tempat ini suatu ari nnti..
sumber pict dari http://manzlie-makkah.blogspot.com

Tuesday, August 9, 2011

Auni + Babah

Sangat Sayang ini Minah & Mamat
:-**

----------->30 July 2011,Cameron Highlands<-------------

Sunday, July 31, 2011

Cameron Highlands kali ke-4

Cuti-cuti last week adalah di Cameron Highlands dengan geng2 diva.hehe..kali ke-4 menjejakkan kaki di atas sana, dan kali ini membawa si kecik Auni.rase2 nye Auni ni pon mcm ibu die jugak,suka tempat sejuk.tp, sekarang semenjak umur ibu dah meningkat, dah xberapa nak tahan sejuk. kalau datang angin sepoi2 bahasa terus badan menggigil xmacam zaman dulu2, relax aje..

My family kecik gerak on 30hb July with org tumpangan pn.ina berkonvoi plk dgn pn Min&En.Lut..berkumpul dekat perhentian tapah.Member lein dh tnggu kat atas, Hana,Ayu,Tack & Nad dari ari jumaat dh bersosial kat sane.

lebih sejam naik jln yg berliku2...mmg mabok plk rase..nsib baik si kecik Auni tidur sepanjang perjalanan naik kat atas.rase nye die pon pening..sbab baru skejap jalan pusing2,dia terus tidur.time turun pon same mcm tu jagak.Macam mana agak nya baby sekecil tu pening ye..nak kate muntah xmuntah..mcm tu agak nye klu bdk kecik pening..terus tidur.. ke dia xtahu ape itu pening.hahaha

Aritu menginap di Equatorial Hotel..sib beik en.Hanis dpt voucer..klu x..xmerase la duk itu hotel..haha.Percutian 2D1N yang menggumbirekan dgn si kecik omel Auni..tnggu Auni besar skit kite neik lagi ye.kecik2 ni pegi Auni xigt ape2 pon.(:

*Huhu..dr last week nk upload gmbar xblh2..Xtau nape...publish post dulu la..pict nnti.*

Salam Ramadhan 1432H/2011

Salam Ramadhan semua...sudah 28 kali menyambut ramadhan...3 kali ramadhan b'sama suami..1st Ramadhan bergelar ibu dan 1st time xdpat nak berpuasa di hari pertama ramadhan...uwaaa..sgt2 sedih.xpnah ade dlm sejarah semenjak baligh.hehe.moga esk dah boleh menunaikan ibadah.

Mari lah kita sama2 menunaikan ibadah sebanyak yang mungkin dan anggap la ini Ramadhan terakhir kita.

Sunday, July 17, 2011

Birthday yg ke-28

Birthday tahun ni disambut awal sehari bertempat di http://www.flamingsteamboat.com/bersama dengan family,husband,dan si kecik Auni..terima kasih banyak2 kepada en suami yang sudi belanja kami sekeluarga (aku yg minta dia belanja sebenarnya.hehe) tp, sgt puas hati mkn kat sini..kita boleh makan seberapa banyak steambot yang ada.cuma larat x larat je la nak telan.

Selain steamboat ada jugak menu lain macam nasik goreng, French Fries, Potato Wages,Chicken Nugget,Onion Rings. selain tu ade jugak desert yang pelbagai seperti ice-cream, marshmallow Leng-Chee-Kang, Manggo Jelly dan macam-macam lagi la..terlampau la banyak..leh tengok website dia kalau berminat..(:

Alhamdulillah masih diberikan umur yang panjang untuk sambut Hari Lahir tahun ni bersama mak tersayang..mak pon lahir hari yang sama dengan anak nya..


Gambar selepas kekenyangan

Mukmin, Yanie & Mak

Dak kecik ni org cibuk mkn, die cibuk dgn dunia dia..

Qilah & My Hanis
(Pict Kurng mmuaskan sbab asap steam tu kot + plk pkai camera hp cap kicap.kiki.)



Wednesday, July 13, 2011

Wednesday, July 6, 2011

Hari Jadi En.Hanis 830717

Happy Birthday to You
.
.
.

Happy Birthday to You
.
.
.
Happy Birthday to You mY Hanis....
.

.

.

Happy Birthday to You
28 Years :)

Smoge Sentiasa Menjadi Abah & Suami yg Terbaik in the World..Yeszzaaa


Hadiah Ikhlas dr Pn.Sri Ain

OreoChesse Cake (Sdap sgt)
cake from Miza
http://www.prettysmallbakery.com/ TQSM..suke b'kerjasama dgn u
mudah..1 bulan rncng ini plan..Pn.Miza hntr kt opis en.hanis


Si Kecik ni pon cibuk nk bt kad utk baba die jgk..uweekkk

Sunday, June 26, 2011

Kenduri

Aktiviti minggu lepas pegi kenduri rumah atuk & nenek..rumah baru dorang setelah jual tanah kat sg.way..banyak kenangan manis kat rumah lama..sebab kat sana la ibu Auni membesar.hehe..lahir2 je duduk kat situ beramai2 b'sama dengan nenek+atuk.pakcik2,makcik,sepupu sepapat..smpai la aku darjah 2 berpindah ke Penang, ikut abah kerja kat sana..so..tolang kirakan berapa lama tinggal kat sana..hehe..tp, best time tu.bile tringat balik..dh tua rupe nye aku..sbab dh ade life sendiri.dulu,berkepit je ngan mak..semua orang tua yang buatkan..sekarang, dah ade anak..semua kita yang kene buatkan utk anak.kikikii Kenduri ni dibuat sekali sempena nak sambut bulan ramadhan yang lagi sebulan..cpt nye sambut.hehe..dan sambutan Fathers Day..atuk aku suruh beli kek besar..so,aku ngan adik aku cari la kek 3kg bentuk 4 segi,atas kek tu penuh buah-buahan..igt kan xsedap.sbab aku xberapa suke sangat kek buah.tp, makan sodap la plk..yummyy..murah pon murah harga dia..

Ramai sedara mara yang datang..tp, aku xsempat nak beramah mesra..sebab nya..aku tidurkan Auni..pastu dengan aku2 sekali yg tidur.hihi.bangun2 tidur..kek yang tadi besar 4 segi dh bertukar jadi segi kecik sikit.apa la kan..konon nye nak tngkap gambar dengan kek bagai..last2 ape pon xde.:)

Aku xde dlm ini gambar..sebahagian kecik sepupu2 kui

Pict Omel Auni..Gggggggrrrram..

My 6 months old princess

Monday, June 13, 2011

Cinta & Perkahwinan????

Entry kasi semangat kat hati sikit...

Satu hari, Plato bertanya pada gurunya, "Apa itu cinta? Bagaimana saya boleh menemukannya?

Gurunya menjawab,"Ada ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan tanpa boleh mundur kembali, kemudian ambillah satu saja ranting. Jika kamu menemukan ranting yang kamu anggap paling menakjubkan, ertinya kamu telah menemukan cinta" Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan tangan kosong, tanpa membawa apapun.

Gurunya bertanya, "Mengapa kamu tidak membawa satupun ranting?"

Plato menjawab, "Aku hanya boleh membawa satu saja, dan masa berjalan tidak boleh mundur kembali (berbalik). Sebenarnya aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah ada yang lebih menakjubkan lagi di depan sana, jadi tak ku ambil ranting tersebut.

Ketika ku melanjutkan berjalan lebih jauh lagi, baru kusedari bahawasanya ranting-ranting yang ku temukan kemudian tak sebaik dan secantik ranting yang tadi, jadi tak ku ambil sebatang pun pada akhirnya"

Gurunya kemudian menjawab "Jadi itulah yang dikatakan cinta"

Pada hari yang lain, Plato bertanya lagi pada gurunya, "Apa itu perkawinan? Bagaimana saya boleh menemukannya?"

Gurunya pun menjawab "Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah tanpa boleh mundur kembali (menoleh) dan kamu hanya boleh menebang satu pohon saja. Dan tebanglah jika kamu menemukan pohon yang paling tinggi, kerana ertinya kamu telah menemukan apa itu perkawinan"

Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan membawa pohon. Pohon tersebut bukanlah pohon yang segar/subur, dan tidak juga terlalu tinggi. Pohon itu biasa-sederhana saja, tidak terlalu lurus batangnya. Gurunya bertanya, "Mengapa kamu memotong pohon yang seperti itu?"

Plato pun menjawab, "Sebab berdasarkan pengalamanku sebelumnya, setelah menjelajah hampir setengah hutan, ternyata aku kembali dengan tangan kosong. Jadi dikesempatan ini, aku lihat pohon ini, dan ku rasa tidaklah buruk sangat, jadi ku putuskan untuk menebangnya dan membawanya ke sini. Aku tidak mau menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya" Gurunya pun kemudian menjawab, "Dan itulah yang dikatakan perkahwinan"


Moral :


Oleh itu carilah cinta dan dapatkan perkahwinan. Kerana kita tidak mungkin memperoleh sebenar seperti yang kita impikan. Hidup ini hanya kesempatan yang sedikit dan sementara. Tidak mungkin akan terpenuhi segala yang kita mahu. Terimalah seadanya apa yang Allah dah tentukan untuk kita..(Bace artikel ni mmg terus menginsafkan diri, maksud nye xleh nk slalu merungut suami mcm ni..mcm tu..xmcm suami org lein la..itu la..ini la..Terime seadenye ape yang ade..Smoge hati terus kuat & tabah dalam mencari keredhaan Allah di dalam kehidupan yg sementara ini.)

Gambar Hiasan

Sunday, June 12, 2011

Rumah Buyut

Last week bawak my Lill Auni g rmh buyut @ rmh atok&nenek kat Kg..kbetulan aritu nenek pndah rmh baru.kat sebelah rmh je pon rmh baru tu.sampai2 semua barang2 dah angkat..so, ibu Auni goyang kaki je la bwk Auni tinjau2 rmh baru.hehe..tp, xsempat ibu bawak..sampai2 je..rmai makcik2 Auni @ sepupu2 kecik aku dh dtg terkam Auni..Auni pon yang still xknal org lagi duk tersengih2 la die tgk ramai geng..wlupon geng sebaya xde..semue dh besar2..pon dia layan kan jgk. Ramai la duk usung die kesane sini..huh..senang ibu nak sembang..tp, smpai mase nak tidur..uwaaaaa..nsib beik ade nenek sedah yang tlg dodoikan..mklumlah..klu siang die tidur dlm buai..mlm je tidur kat bawah tepuk2..nsib beik tangan nenek sedah laju mcm buai..klu tangan ibu yg buai..bukan Auni yang tidur..ibu yang pengsan..hehe.

Auni ni mmg mesra dgn orang..xkire sape2 pon..nak2 plk dr dulu smpai skr aku perhatikan sgt suke dgn "atuk" die..pantang name die atuk panggil,mest tersengih2 sambil tangan diangkat2 menunjukkan isyarat suruh angkat dan kaki menendang2..aduhai Auni..ganasz nye kamu ni..awak tu gurl tau not Boy.tp, harap2 auni stay maintain nak kat semua org..jgn memilih org tau..n jangan sombong xnak ngan orang tu..orang ni..nak dgn org ni je..no..no..ibu xsuke sifat itu.hehe.Tp, time2 umur die nak masuk 6 bulan ni ade dalam buku kata baby dah start kenal ibu & ayah die..Ayah xtahu la dia knal ke x lagi..sbab jumpe ayah dia time pagi je..rase lah kamu En.hanis..sibuk sgt keje..anak xknal kamu..die lagi kenal org lein.muahahaha..


Antara perkara2 yang Auni dah pandai skr:-

*meniarap..tp, nak terlentang balik kadang2 blh kadang xlps..pastu merengek2 mntak tlg org yg tlg..malas...hehe
*dah pandai ambik barang..pegang barang..expecially puting die..klu dulu terketar2 tangan nak ambik.kelakar tgk.hehe
*ptg2..dah pandai nak duduk luar..bersidai tepi2 tembok.klu ptg2 tu balik keje die dah ada kat situ dgn nenek.nsib beik tak bergosip.

*dah start makan biskut sejak 4 bulan lagi..tp, kene letak dalam botol..sbab xreti nak telan.

Nanti update lagi..skr ni itu lah Auni..syg dia sangat..:)


Best jadi bdk kecik kan..Riang Gumbire je idup die...

Monday, June 6, 2011

Weeding My Bff..(:

Qongratulations utk kedua pasangan pengantin Ayu&Yun n Min&Lut..akhirnya kahwin jgk kawan2 aku ni..begini akhirnye kisah hidup korng hingga ke jinjang pelamin...time zaman study dulu topik ni selalu hangat dibincangkan...sape la antara kite yang kahwin dulu ye..smbil tongkat tangan di dagu dan mate ke atas..wahh..tringin sgt benor nak kahwin time tu..padahal masing2 calon pon xde.lps tu berangan2 lagi sape la agak nye calon aku???..ade yang nak org kayo..ade yang nak engineer..(ni..dh tahu sgt dh sape yang nak..akhirnye dpt jgk kn.hahaha)..ade yg nk tuan kete kelisa (aku ler tu...hehe)..tp, xde sorng pon nk ustaz kan..klu ade mesti dapat punye..:)

OH ye...akhirnye aku yang kahwin dulu..dan aku la org nye yg satu2 nye menggendong anak time weeding2 ni..tp, sebelum tu dh ade yg kahwin..bada & Yan..tp, oleh kerana dorng ni bukan geng menggeletis so..
aku la yg 1st skali menamatkan zaman bujang d dlm group menggeletis gurlzz..14.03.2009..masih segar di ingatan.next Weeding Dhila & A.j..segar di ingatan jgk time weeding dorng ni..mcm2 cerita n cinta yg ade..:)..semue2 ni kahwin at the same year 2009

Tahun ni pon 2011..sampai 3 Orang skali jgk yg Tawin..a'a la..aku baru perasan..setahun klu khwin smpai 3 org skali neik Pelamin.pengantin pertama tahun ni Ina & Is 5.02.2011..time ni aku lg 4 hari baru nk habis pantang.tp, snggup ku gagah pegi demi sahabat..haha..pengantin kedua Ayu & Yun 29.05.2011.dan pengantin ketiga Min & Lut 4.06.2011.Tahniah semue..

Skr..tnggal Hana yg masih belum...its ok hana..xkahwin xsemestinye xbhagia kan..kan..soal ajal,jodoh & maut semua kerje tuhan..Dia yang mengetahui segala2 nya yang t'surat n yg t'sirat..wish u happy always,,whatever pon..ko mmg terbeikkk..semue wedding ko turun..smpai sakit pinggang,pitam,semua ada...:)..time ko nnti 3hari2mlm aku turun kuantan..i'm promise .insyaAllah klu xde aral..xde hal punye..:)

Meh kite tgk balik setiap pict weeding..dari awal smpai arini..esk luse xtahu lg sape yg neik pelamin..ahaks..

Weeding Ain & Hanis 2009
Aku kire untung sbab semua geng geletis ade time ni ade,aida plk xde..baru perasan (:
time ni smue anak2 dare lg

Weeding Dhila & Abg Kem 2009
pict side rmh Dhila..ni min xde..

Weeding Dhila & Abg Kem side lelaki
ni baguih..smue ade.


Weeding Aj & Abu Yazli 2009
Mane ina?? Mane Aida??

Lepas a.j akad nikah..

Weeding Aida & Jon 2010
Time ni aku tgh ngandungkan Auni..dh 7 bulan rsenye..sbab dh xlarat time ni


Weeding Ina & Is 2011
Dhila, Aida, Aj xde

Ina & Is lps akad Nikah

Ayue & Yun 2011
Baru je lps memori ni..sweet sgt sbab time ni dpt jumpe badar stelah 5 tahun xjumpe..dh ade
2 org bb dh die..dgn Tipah..baru habis pntang..bb baru 2 bulan..kecik je bb die mcm mama die..(:


Weeding Min & Lut 2011, baru je last week tawin
Time ni aku dh ade anak, ina dh kahwin tanpa suami di sisi, ayu baru je lps kahwin, aida tgh preg anak 1st..hana,Nad still single..

Selamat Pengantin baru my bff Ayu & Min..Smoge bahagia hingga ke akhir hayat..Xsabar nk dgr citer hangat dr korng..hahaha..nk je book satu bilik hotel tnpe encik2 suami..kite leh borak smpai pagi..t'masuk hana leh check-in dlm bilik ni..hihihi

Sunday, April 17, 2011

Ibu sedih...

Sesiape pon akan sedih kan nk meninggalkan baby cute ni...Ini riak muke Auni time nk kne hntar die balik rumah nenek klang mnggu lepas..aduh..rase Xnk pegi Bengkel Esk..Xnk jge both time dekat PBAKL nnti (PBAKL=Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur..jmpe aku kt Both MAPIM ya..:))..tp, Ibu t'pakse rela hantar Auni slame 10 ari jgk kt sne.harap Auni xdemam rindu kt ibu.tp, takut ibu plk yg akan demam..huhu..

2 ari bersama Auni sepenuh masa buat kn ibu lagi sedih..nak2 plk arini ari isnin kan..mood kje pon xde.nope2..xleh sedih..Ayah auni ade..tp, Ayah auni pon sibuk kje skr, blk mlm2..trpkse la layan prasaan sorng2 balik keje ni tanpa Auni.

Tapi...ade satu pict yg sebenarnye Auni pon sedih sbab tinggalkan die....
nampak kan wajah dia yang sedih yg xbrape nk sedih sgt..
tp, npk ade setitik air mate die tu..

Tuesday, April 12, 2011

3 Bulan 13 Hari

Auni Syifa'
Tgk la rambut i..tgk2..nowander la kn..time ibu&Abah kecik2 pon rmbut cmni.
xpe..bsar cikit..mest ok punye,

buat pertama kali nk show sikit My Princess 4rever n ever..Auni Syifa' dh 3 bulan dh die..mcm2 dh pandai..borak2 kosong, sembur2 air liur (hbis gugur rambut ibu,ala..sbelum ni pon rmbut ibu dh nk botak.hehe), mein2 tangan pastu msuk mulut..itu je la yg die tahu..xsabar nk tnggu meniarap plk..tgk2 bb lein, sepupu auni 4 bulan dh pndai niarap..skr auni 3 bulan..bulan depan kot die pndai..harap2 la kan..lps tu merangkak..lps tu panjat2..lps tu baru leh lari2..byk lg yg perlu auni belajar npk nye..xpe, blajar slow2 ye bb..nnti ibu kasi susu formula byk2..nk wt cmne..susu ibu auni dh xnk smenjak ibu neik kje..lg pon susu ibu xbyk..ksian dia..

Dalam pantang lg dh pndai nk puting..

Auni pon kecik2 dh pndai jalan2..last week pegi lumut lagi bt kali ke-2 ade weeding sepupu abah@ayah (aku lg suke ayah..tp, en.hanis nk gelarkan Ayah)..mase umur die 2 bulan pon sbenarnye die dh pegi hntar Aunt Ina weeding side rmhUncle Is, kt lumut jgk siap neik feri lg pegi Pulau Pangkor..Alhamdulillah..Auni ni xbyk bt hal setakat ni..nangis bile nk susu n tido je..lein2 smue nye ok..good2..mcm ni blh bwk Auni jenjalan slalu.:)..
Tp, aritu neik keje lima hari.dh kne tinggalkan Auni,kali ni ibu xdpt nk bwk Auni jnjalan..sbab ade kursus kt peenang..uwaaa..ibu yg sedih nk tngglkn lelame..3 hari je pon..tp, itu first time tngglkan die, hntar auni kt rmh nenek Klang xde risau sgt..sbab ramai yg akan layan Auni..sbab cucu 1st..smue excited nk jage..mnggu depan kne tinggalkan dia lg..sbab ade kursus kt P.d plk 2 hari..aduhh..ibu yg xsuke..tp, yg plg suke nenek & Atok sbab ade chan jage auni..hmm..



sorng lahir 27/11..sorng lg 27/12..pndai si comel2 ni pilih tarikh..

Wednesday, January 5, 2011

Kelahiran Auni Syifa'

syukur alhamdulillah..akhir nya aku telah selamat melahirkan puteri sulung pada 27/12/2010 jam 2.36 p.m di Hospital Serdang..xsangka betul aku melahirkan nye secara operation..dan mmg xtrbayang..tp, nak wat cmne dh mmg takdir kan..dan lps ni pon if aku ngandung lagi..mmg kne operation dan xblh secara normal..sbab rahim aku dh terkoyak agak besar mase melahirkan baby Auni..dan klu normal..blh menyebabkan baby xdpt nak d selamatkan smase nak push..huhu

25/12/2010
balik klang..setelah tnggu time bersalin tp x de sebarang tande..aku n en suami balik klang.bosan suk rmh..nak jln pon dh xlrat..sebelum balik sempat singgah pasar malam..tringin nak mkn mee hoon sup yang pasar malam punye..malam ahad tu dh strat sakit2 pinggang..sakit ari2..tp, still leh bertahan..

26/12/2010
strat dr pagi smpai tghari rase sakit dh smakin kerap..kul 3 aku gerak ke Hospital Serdang..ikutkan hati mmg xnak pegi dulu..sbab xde kluar sbarang tanda..tp, oleh kerana rase sakit datang stiap 15 minit skali..aku pon mngambil kputusan utk ke Hospital dengan harapan..mmg aku akan akan bersalin pada hari ini..dan xkan di suruh balik rmh balik..smpai je di Hospital lebih kurang pkul 5 lebih trus ke wad kecemasan..setelah register kasi buku merah smue aku di suruh masuk ambil ain kencing dan kemudian baring dan dipasang alat untuk mengambil tahap constraction aku rase pada time tu..lame jgk alat tu di pasang kire2 dekat 1 jam..tp, mengikut nurse tu graf ok lagi..mksud nye constraction pada time tu x kuat sgt..tp, aku yg rase hanye tuhan je yang tahu.lps tu doktor menyeluk utk tahu bukaan pada time tu.huhu..punye la sakit..betul la kate org sebelum ni..time doctor cek untuk tahu tahap bukaan adalah sakit..dan mmg sakit..hurm..time tu doc kate bacaan xbukak lagi..dan aku disuruh tnggu di luar untuk tahu result air kencing plk..lame tnggu..akhir nye kul 8 result keluar..dan doc ckp air kencin kotor..tu yang rase sakit..huhh...die kasi ubat soh balik..malam tu mmg xdpt tido..smalaman menanggung sakit hanye tuhan je yang tahu...air mate pon dh xleh nak keluar lagi..

27/12/2010
pagi ni en suami cuti..tp, die still g kje hantar barang.aku kat rmh 2,3,4 kali masuk toilet buang air besar,..smue x kne..duduk x kne..baring x boleh..berdiri xkene..aduh..kul 9 en suami balik..mmg dh xlarat rase nye.en suami ajak aku g hospital..tp, aku kate nant dulu..tghari dh xlarat sgt ajak en suami g klinik dan bukan nye hospital..dalam fikiran aku nak mntak ubat tahan sakit.huhu...g la klinik area rmh..siap scan lagi..doc kate baby ok..kedudukan kepala dh kat bawah..doc kasi ubat tahan sakit..aku pon terus balik rmh..sampai je rmh terus masuk toilet..sakit perut lagi..dan aku tgk ade keluar tanda darah..dalam hati..dh smpai mase g hospital..aku pon terus bgtau en.suami..dan die terus suruh aku siap2 g hospital..sebelum pegi sempt lagi aku mandi dan siap2..lps dh siap aku blh baring2 lagi..smpai la biras aku datang tgk..dan die cpt2 soh g hospital..dalam perjalanan ke hospital rse sakit dh teramat sgt aku rse..rse ade bende nak terkeluar dari punggul aku..aduhh..cpt la smpai hospital...dh rse nak bersalin sgt ni.smpai je hospital aku terus pegi ke tempat yang semalam aku pegi..di suruh ambk air kencing lagi..n then..check degupan bb lagi..ttibe dlm bilik tu jadi kelam kebut..ak udi seluk lagi dan tahap bukaan pada time tu dh 6 cm..dan degupan bb dh lemah..automatik aku disuruh tandatangani surat operation..aku dh x igt ape time tu..hanye nak selamat kan bb aku terus tandatangan..mmg xsngke akhirnye aku melahirkan bb dgn care operation..klu normal pon aku rse aku xterdaye sbab mmg betul2 dh xde tenaga..akhirnye pukul 2.36 p.m selamat melahirkan seorang puteri..hari fisrt auni dilahirkan aku x dpt jmpe die sbab bb dimasukkan dlm wad nicu..tp, syukur alhamdulillah...akhirnye aku selamat menjadi seorang ibu.

1/01/2011
arini Auni baru blh keluar hospital..yeahh..akhirnye aku dan auni xb'pisah lagi lps ni..sedih bile kenangkan die kad hospital dan aku kat rmh..lagi sedih bile ade satu petang tu tu auni terkebil2 bile aku nak balik tnggalkan die..:(..sedih sgt2 time tu..baru aku faham mcm mne rse hati seorng ibu yang sebelum ni aku xpenah rse..

semoga Auni Syifa Mohd Hanis dpt menjadi anak yang solehah..dan berbahagia sentiasa hidup di dunia & akhirat..luv u Auni..

Tuesday, November 23, 2010

35 weeks

Minggu ni usia kandungan my baby dh masuk ke-35 weeks..sgt takut sbab tinggal 5 minggu je lagi nak menempuh saat2 kesakitan bersalin. Mengikut pengalaman org citer semua cakap time nak bersalin tu sakit cuma ikut pada orang..ade orang sakit nye sekejap je..ade orang sakit nye lama..xde pulak orang cakap time bersalin tu xsakit langsung..seronok je keluar..hehe.xtahu la nanti time aku mcm mne kan.tp, sntiasa berdoa agar semua nye selamat dan moga Allah memberi kesenangan & kelapangan kepada aku time bersalin nanti ~aminn~.

Aritu ade seorang ustazah dtg kat office aku ni.die tanye dh berape bulan.aku pon ckp la dh 8 bulan..dia doakan aku selamat bersalin nanti..aku cakap terima kasih. dan yang paling aku igt pesanan dia..yang penting kene hormat suami, mase mengandung xblh nak lawan cakap suami dan kene berbuat baik dengan suami..insyaAllah senang la bersalin nanti..Hati terus jadi takut..alamak..layanan aku kat en.suami time mengandung ke..sebelum ngandung ke xla baik sgt.kadang2 ade time malas nak bt ape yang dia suruh mmg aku xkan buat.tp, xtahu la die marah ke x..sbab dia xpenah ckp atau paksa pon..cume die akan diam lps tu akan snyum balik.
tp, tibe-tibe terfikir hbis la aku..nnti mest time nak bersalin sakit kan..ape pon klu en suami t'bace entry kali ni..ain nak mntak maaf banyak2 ye..skr ni ain cube bt ape yang hanis suruh..(sebenarnye, en.suami aku ni org nye simple je..klu kat rmh tu xde la byk hal sgt nk layan..cume msk sardin, ade desert dadih ke..aiskrim ke..die suke la) semalam hanis suruh ain masak maggie goreng, (wlupon senang sebenarnya, tetap aku malas nk masak sbab dh xlarat nk b'diri sgt) tp, ain masak kan jgk kan..dengan syarat hanis masuk dapur sekali temankan ain.hehe.Thanks sbab sudi potong & tumbuk bawang..:)..doa kan ain selamat lahir kan baby kite ye.

sekarang ni tangan kanan aku selalu kebas2..dulu semalam dh pegi klinik check..tp, ubat demam yang aku dapat..bijak & pandai betul doc tu..kelakar pon ade..biar la..lg pon dh tanye k.sha kakak kat office aku ni..die pon pregnant jgk dan tnggu hari je nak bersalin..die kate mmg orang mengandung mcm tu..sistem perjalanan darah xmengalir dengan betul, sbab die pon selalu jgk jadi mcm tu lately ni.huhu..kaki pon dh bengkak surut..bengkak surut..mmg xsabar rasenya nak bersalin.:)..tido malam pon dh xlena..

semua doakan aku selamat yeh melahirkan my 1st baby..xsabar nak jmpe die..


Si kecil ku..♥♥♥

Sunday, October 10, 2010

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw
bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada
malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul
maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka
malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN
KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat
menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh
syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan
dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat
daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan
rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG
KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia
mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah
pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia
merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang
sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan
diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA
sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita
di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka
datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu
mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku mel ihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin
tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT
SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu
menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka
dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka
segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu
menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW:
"SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN
WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Thursday, October 7, 2010

Penghujung Shawal

Hai..esk dh last raye kan..tp, mnggu ni rase nye paling banyak open house yg org2 office bt..event, hari sbtu ni pon ade jemputan Open House dr K.herza & Family di equine..dh habis syawal pon masih ade jemputan makan2..mmg best.hehe

makan sane..makan sini..mmg xyah bwk duit belanje g office.tiap2 ari ade je mkn free..malam td ke rumah bos..lunch td kt rmh kak Rita..esk, lunch kat rmh en anuar..mlm kat rmh k.ana..sabtu kt rmh kak Herza plk..aduhh..bile mau balik klang ni..dh 2 mnggu xbalik..rse mcm dh lame sgt xbalik..mnggu ni aku mest balik...maklum lah raye2 ni..klu kite x pegi rmh org..org dtg rmh kite kan..last week nak balik..tp, makcik plk dtg rmh..sabtu plk..abg ipar bt open house..lps tu mmber office suami plk dtg raye..malam ahad braye rmh k.sue di Putrajaya..mmg full house..hehe..

stop citer psl raye..nak cite pasal baby dlm perot plk.hehe..mnggu ni dah masuk 28 minggu usia kandungan bermaksud dh 7 bulan..baby pon dh semakin aktif dalam ni, kadang2 sampai aku terkejut tiba2 die tendang..tp, seronok sangat sbab ni pengalaman pertama kan..tp, perut aku still rmai org pelik..sbab kecik sgt..hehe..xpe la..biar perut kecik, asal baby dalam ni sihat..aritu dh bt 4D scan..dh nampak muke die.xtahu la ikut muke sape..aku or suami..tp, ramai kate ikut en.suami..habis la klu ikut muke ayahanda nye..mest comel sangat..haha..Gender pon dh tahu..tp, xnak ckp dulu lah..takut nnti keluar ttibe lain plk..so..tinggal lagi 2 bulan untuk baby keluar..xsabar sebenarnye nak tnggu die keluar, takut pon ade..takut bersalin..uwaaaa..mcm2 pengalaman org bersalin aku dgr..harap dapat bersalin secara normal..InsyaAllah blh..xdpt bayang kan rse sakit nye nanti time contraction.Harap di permudahkan segala2 nye..

Persiapan baby pon aku belum beli lg..ade la sehelai baju aku beli..sbab tgk baju tu comel sgt..smalam k.aton ade jgk kasi 2 helai baju baby..bulan ni dh kne beli semua barang2 baby..Xsabar nk beli..tp, sebenar nye xtahu nak beli ape barang2 baby.hehe..tp, akan ku beli ikut kate survey yg dh aku tanye dgn org2 sekeliling..melalui bacaan buku..harap aku xbeli semua colour pink nanti.haha..

Tuesday, September 7, 2010

Salam Aidilfitri 2010

Sekejap je rasa nya kite berpuasa kan..tinggal lagi 2 hari je nak raya..Horeeyyy...tahun ni dpt b'puasa penuh..alhamdulillah..tp, yg xbest dh xdpt duit raya klu pose penuh pon..tp, kne kasi orang plk duit raye..tu yg nak mintak en suami ni..harap2 ade la dana dari die..hehe..

Tahun ni raye tahun ke-2 bersama dengan en.suami...tahun ni giliran raya rmh mak klang..sbab tahun lps dh raya kajang..nsib baik kg xjauh..malam raya baru balik klang..raya ke-2 balik kajang balik..raya ke-3 balik klang balik..dan seterusnya..hehe..senang kan..sbab dekat...

Raye ke-7 aku akan terbang ke sarawak plk...yuhuu..cuti2 Malaysia..ni smue plan adik aku dari tahun lps lagi..beli tiket time2 raye..xpe la..merase la aku raye kt sarawak..tp, best ke??..biar la best ke x..yg penting aku dh jelajah smue negeri2 kat Malaysia..tinggal sarawak ni je aku x pnah jejak lagi..harap2 dpt plk g indonesia ke tahun depan..

Ok..semue..Selamat Hari Raya..salah&Silap harap di maafkan..still bekerja lagi arini wlupon kt office ni dh lengang..mcm keje ari ahad la plk..esk pon aku still keje lagi.sebab nye..xtahu nk bt ape..en.suami keje lagi..elok la aku pon kje jgk..tp, halfdy je la.hehe Xsabar nye nak makan rendang..lontong..itu yg paling aku tnggu2 time raya..yummyy..Salam Lebaran semua...da...

Kad Raya Malas..hehe