Wednesday, April 21, 2010

Baby-iman Contest 2010

Hai pening aku tgk..pening nak cari which one d winner dlm contest Baby-iman contest 2010 yg di anjurkan oleh my sis dlam blog nye http://baby-imankoleksi.blogspot.com/..smue baby2 yg masuk contest ini comey2 belaka.. aku telah diamanahkan oleh my sis menjadi juri dlm contest ini..memilih 5 pemenang dari 50 baby yg masuk dlm contest ini..wahh..ramai bukan yg menyertai..tahniah & syabas kepada ibu2 & bapa2 yg join contest ini..aku xpasti lagi ape hadiah bg para pemenang2..tp, yg aku tahu hadiah tersebut mesti sgt menarik bukan.

okey..setelah puas menilik, meneliti gambar2 baby ini aku telah memilih 5 dr pemenang nya..iaitu...


jeng..


Jeng...






jeng....


1st Winner
Baby Putri Ellisya

2nd

Safiya Farhana

3rd
Wan Elly Hakim* Twins

4th Place
Muhammad Dzal Adha Bin Muhammad Hasry

5th

Mohammad Nur Fadhlan Bin Mohd Fadli

Tahniah yeh kepada baby2 comel yg menang..:)

Sunday, April 18, 2010

Family Day @ Penerbit




Wekend yg lps tlh berlangsung nye hari keluarga office aku yg diadakan di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang (Thanks bg kami peluang berhibur)..:)..seminggu berhempas pulas menyediakan hadiah..dan segala mcm..tp, aku hanya membantu sahaje..org yg paling kuat nye mcm seperti K.aton (thanks adiah2 ikea yg cntik2 belaka, wlupon aku xmenang satu games pon.haha), k.ana ( Baju t-shirt pink 4 staff wanita yg cun-melecun belaka..xtahu la spe yg sponser..tp, thanks ya.:) )

Sgt penat smpai la ari isnin ni..ari first bekerja..sakit2 badan, mata yg kuyu, perut yg sakit..semua nye ade..tp, still enjoy dgn kenangan yg lepas.hehe..

Hajat di hati nk jd penghibur time mlm Flower Power @ BBQ..Haha..tp, hajat tersebut terbantut..dh iye2 benar ni aku n en suami neik ats pentas nk nyanyi..tp, hampeh..tibe2 lagu juliana Banos & Indigo..sehidup semati yg aku pilih xde dlm sistem karok..ape da konduktor karaoke tu..tp, selamat jgk sbenarnye..xyah la aku mengeluarkan suare mlm itu..(aurat tu,,hehe)

Pict2 time sukan

~Moto Hidup Kami~
"Kami bahagia lagi berdua"
(Nie sebenarnye kes sbab xde bb lg..hihi)


Big Family Staff


Encik suami ku...mcm hebat je mein sbelum games lari dlm guni..tp...haha..tewas akhirnye..


Uit..Org sebelah gelak kan kami yeh..:) sbelum games lari bwk belon berpasangan



Aksi-aksi


Musical Chair


Baby Kids


Gedik santai

~Peace~ sis aton
itu lah kisah2 Family Day my Office..xsabar nk tnggu next year pulak..:)

Wednesday, April 14, 2010

Luas Nya..

Luasnya Neraka
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.

" Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam." Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.

" Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan
orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.

" Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sadar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.

" Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.


Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat


Monday, April 12, 2010

Miss Ina Engagement

Entry kali ni nk story about my frenz ina..yg sudah pon menjadi milik seseorng..yeah..yeah..whtever pon qongrat my frenz.. act byk sebenar nye rahsia pencintaan dorng berdua ni yg aku sntiasa ikuti..hehe.tp, syukur setelah onak & duri di lalui akhirnye dorng smpai jgk ke tahap ni..hehe..kenal dh hmpir nk dekat 5 tahun rsenye, sme perkenalan aku dgn en suami. tp, ikatan kami lebih cepat ke jinjang pelamin berbanding dgn dorng berdua ni..yg ambil mse nk dekat setahun utk couple..terhegeh2..hehe..bukan ape..cik ina ni yg mmg sntiase setia dgn kisah cinta yg dulu..die klu bercinta mmg seorang "pencinta yg setia" eiii..wekks. sush nk curi hati die klu die dh ade yg lein..untung la ko is...bwk la die ke Miri eh lps ni..(Tp, klu ko bwk, ttibe aku rse sedih..sbab lps ni dh xde org nk tmankan aku & Hanis lg..teman bersosial..ekeke)


Ehem...bukn mein lg die dh dpt cincin



yg 3 lagi tu bile nk ade cincin mcm K.A.M.I..(Ahaks)

With ina

Alahai..comey2 nye Flower gurl ni..Boy pon nk jd Fower jgk

Alahai..Aqilah..cun nye die (Anak buah ina)


Tiade lg org nk temankan kami

Tahniah ina & is...

Tuesday, April 6, 2010

Shoe Exibition 2010

Yang berlangsung last week at pwtc..aku,ina & min telah melawat tapak, tanpe arah tuju n tanpe ape2 buah tangan yakni kasut time exibition itu berlangsung..ekeke..awalan nye pn dhila yg beria2 ajak ktorng pegi, tp last minute die entah ke mne xmncul2.ape da...

byk kasut2 yg pelik & yg bukan2 yg xpenah aku tgk..tp, sgt teruja sbab ade jgk org yg snggup bt design mcm tu..tp, skr dh mcm2 kan, klu x, xde la kos teknologi kasut kt Uitm tu..hee..he.

aku with ct Min d depan pin2 msuk
Mari lihat kasut2 yg sempat di tngkap

Kasut2 berbentuk kasut


Comel bukan..kasut Ronald Mc'donald

Saiz KAKI JALAN aku is 8

Kasut Berpayung..conform xpnas klu pkai

hehe..ade plk kude

Suke tgk ksut ni..

Bahaya..kasut utk org gila..hehe

Love it Zang Toi

Macam2 bukan

Anda penah tgk kasut semahal ini, aku baru 1st time tgk..:)

Antara kasut2 yg ade..mcm2 jenis..bile tgk price kasut smpai rm350,000 tu..uih..klu ade duit pon aku xnak beli..myb kasut ni di jual d oversea..sbab matawang dorng lebih tnggi kan dr kite..n pasti lebih mampu dorng kt sne beli klu setakat hrge itu..haha.

sempat jumpe dgn panda


Dari pwtc ktorng menuju plk ke..Masjid jamek..dan ini la hasil tngkapan yg kami dpt


Utk d pkai ke event yg akan d anjurkan oleh cik ina wekend ni..kedai baru Hajra, baru je bukak 2 hari kt jln msjid india, berhampiran dgn ariani..sgt murah la tudung yg d jual berbanding Ariani.hehe

Thursday, April 1, 2010

Beautiful Blogger Award...:)

1st time dpt award..suke nye.hehe..thanks too mama Dania Delisha @ Niza


http://nieza-mylifemylove.blogspot.com/

Wednesday, March 31, 2010

Mulia Nya Wanita

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini
pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan
binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka
kerana isteri inilah yang akan membantu mereka
di akhirat kelak.

Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka......
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim
ini ialah dia bekerja dengan izin Allah...
jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari, Bila dah bersalin tu,
susukanlah anak..jgn takut kendur atau menggelebeh pulak..
Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu jugak .
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah,
Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami..
Offer lah pada suami, Nabi bersabda lebih kurang maskudnya: bersama dgn isteri itu pahala.. jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak .
ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih...

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..
sembahyang wajib baginya dari baligh
sehingga habis nyawanya..

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid,
Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam,
dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami.
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas
segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,
mulut selalu muncung terhadap suami
dia tak akan dapat pahala extra ini. (Aku perlu beringat tentang ini ya!!!..Ampun my Hanis)

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah,
segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia
akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham
akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,
juga bukan dari tapak kaki.
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya
dia hampir kepada kamu(lelaki) ,
lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,
dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.



"Wahai Tuhan... ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun
yang telah meninggal dunia"......

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing,
dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi,
pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):

"Wahai manusia! Ucaplah
'Laa ilaaha illalLah',
kamu pasti berjaya!"

::-Didedikasi utk aku, suami tersayang & sahabat2-::

Tuesday, March 30, 2010

.::SEBAB DATANGNYA UJIAN KE ATAS MANUSIA::.

Tuhan tidak memberikan apa yang kamu kehendaki, tetapi Dia memberikan apa yang kamu perlukan. Kerana Tuhan itu Maha Mengetahui!”

Allah menguji manusia atas sebab-sebab yang berbeza. Berdasarkan sebab-sebab itulah letaknya kemuliaan atau kehinaan seseorang manusia.
Rasulullah SAW bersabda:
“Ujian yang berlaku kepada manusia samada memuliakannya atau menghinakannya.”

Ada tiga sebab mengapa Allah menguji manusia:
- Kifarah.
- Bala.
- Ibtila’.

1.Kifarah
Kifarah adalah ujian ke atas orang yang baik tetapi terlanjur melakukan kejahatan. Maka ketika itulah dia diuji. Allah jadikan kesusahan dalam ujian itu sebagai ‘tebusan’ untuk menghapuskan dosa dan ketelanjurannya. Ertinya, Allah membalas kesalahannya di dunia untuk melepaskannya daripada dibalas di akhirat. Ini adalah lebih baik kerana azab di dunia adalah lebih ringan berbanding azab di akhirat.

Ringkasnya, kifarah ialah ujian untuk ‘orang baik yang terbuat jahat’. Dengan ujian itu, ‘orang baik’ tersebut akan mendapat peringatan dan amaran atas kelalaian dan ketelanjurannya lalu berusaha untuk bertaubat kepada Allah.
Firman Allah:
“Dan Kami (Allah) timpakan kepada mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar.” (43:48 )

2.Bala
Bala adalah ujian ke atas orang jahat yang melakukan kejahatan. Allah jadikan ujian sebagai hukuman Tuhan di dunia sebelum dihukum lebih berat di akhirat. Dengan kemurkaan-Nya Allah turunkan kepedihan dan kesengsaraan di dunia lagi sebelum orang itu diazab di neraka. Orang yang begini akan disiksa dua kali, pertama di dunia, kedua di akhirat.

Rengkasnya, bala ialah bentuk ujian ke atas ‘orang jahat yang buat jahat’. Umat Nabi Nuh yang ditenggelamkan banjir, Fir’aun yang ditenggelamkan di laut Merah, Namrud yang dibunuh nyamuk, Qarun yang ditelan bumi adalah diantara mereka yang ditimpa bala di dunia lagi sebelum disiksa di akhirat.
Firman Allah:
“Itulah hukuman dunia yang ditimpakan atasmu maka rasakanlah hukuman itu. Sesungguhnya bagi orang kafir itu ada lagi azab neraka.” (8:14)
.
“Dan jika mereka berpaling, nescaya Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat.” (9:74)

3.Ibtila’
Ibtila’ adalah ujian ke atas orang baik ketika melaksanakan kebaikannya. Ia adalah tanda kasih-sayang Tuhan kepada hamba-Nya yang taat. Justeru dengan ibtila’ hamba itu akan mendapat pahala dan ditinggikan derjatnya disisi Allah. Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, redha, pemaaf, qanaah dari Tuhan? Dengan ujian bentuk inilah ada dikalangan para Rasul ditingkatkan ke derjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian.

Rengkasnya, ibtila’ ialah ujian keatas ‘orang baik yang buat baik’. Golongan para Nabi, siddiqin, syuhadak dan solehin adalah mereka yang sentiasa diuji dalam bentuk ibtila’ ketika menegakkan kebenaran.
Firman Allah:
“ Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagaimana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, yaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: Bilakah datangnya pertolongan Allah? “ Al Baqarah: 214

Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Dalam keadaan berdosa, ujian didatangkan sebagai pengampunan. Dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat dan memberi pahala.

Wednesday, March 17, 2010

WeeDiNg HaNtArAN

Seronok melihat dunia blog yg smakin rncak kini..rupe2 nye mcm2 blog yg ade skr..dr menjual pkaian, tudung, kek..dan mcm2 lg..tp syg..smue nye dimonopoli oleh golongan wanita..npk nye wanita shaja yg berfkiran IT n rajin menulis..hehe ok..ttibe terkenang hntran kahwin aku yg sgt sweet d decrate by sis Aton..rse nye aku xpnah mmasukkn pict perkahwinan aku di blog ini..so mari kite lihat..kpade ssiape yg baru nk khwin @ bertunang blh la cari2 idea d sini ya

♡ Hantaran Utk En.Suami ✌

Salvatore Ferragamo Perfumes (Dh hbis pon d pkai oleh suami)

Al-Quran bserta terjemahan nye..Bgus isi kandungan nye

Kasut ..dia mmg suke kasut kulit yg begini..rse nye sbelum ni pon die dh ade kasut gini..

Belt & Wallet

Towel Jean Perry White (utk aku) dh btukr wrne jd kelabu tahik kucing..awl jerk cntik..hehe.. & Gray (utk die)
Thanks sis aton jgk yg belikn ini towel..bkn sponser k..

Jam Alain Delon..dulu tiap2 ari die pkai..tp, skr dh btakar ke jam 2 rm15
cume wekend jerk jam ini akan d pkai..kesian..kesian jam.

Kain pelekat..

Cake Hantaran..sehari sebelum nikah baru terkedek2 org2 suruhan mngambil ini cake
~D sponser oleh Pn.Sarina..my aunt..thanks ya..sedap kate pihak lelaki..:)

Cokelat..wajib ade pada setiap hantaran kan...

9 Hantaran utk Penantin lelaki

♡ Hantaran Utk Pn.Isteri ✌


Kain Telekung (D Beli oleh my bff Ina time g Bandung,Indonesia)

Duit Hantaran

Coklat

Jam Alain Delon..Peneman setia tangan ini

Handbag & Kasut Carlo Rino jer
(Puas aku cari colur cklat ini yg ssuai dgn tema hntaran, nie jerk yg aku rse ssuai)

Mas Kahwin Selangor Darul Ehsan RM80.00

Perfume Selvatore Ferragamo jugak

Hantaran Perkahwinan Kami

Kenangan itu......



Janji di ikat..

Lafaz d Ucap..

Dan...akhir nye KAMI bersatu..Muahaha...
Nota tangan:-
- Happy Anniversary utk kami..kikikkk..thanks kpd smue yg wish..moga tahun ni hdup kami lebih meriah..wahhh..gitu.
- Hantaran d gubah oleh Kak Aton..skr ni die tgh sibuk dgn blog baby iman collection.so..leh la jgk2 k..http://baby-imankoleksi.blogspot.com/..comey2.