hari-hari di cini..aku rindu dgn dua org kembar ini..
Wednesday, February 1, 2012
Ber'Bengkel di Shah Beach Resort, Melaka
hari-hari di cini..aku rindu dgn dua org kembar ini..
Tuesday, January 31, 2012
Cherating
Tempat penginapan kami adalah di Chalet Residence in cherating.ok jgk la tempat ni..tapi xberhadapan dengan pool.laut pon agak jauh jgk nak pegi.tp, klu naik kete 2 minit dah boleh sampai. percutian yang seronok sebab dapat jumpe my bff Hanna yang duduk kat pekan, kuantan.
on d way nak ke cherating kami sempat singgah di Teluk Cempedak.aduh..t.c adalah salah satu pantai yang paling aku suke dalam malaysia ni.mmg tip top..aku suke dia punya view sebab kat situ ada mc'donald tepi pantai.xde lagi rasenye dalam Malaysia pantai yang ada fastfood..klu gerai2 makan tu adala kan..mmg best duduk kat tepi pantai sambil makan ice-cream sundae cone..yummy..dgn angin yang kuat.tp, time tu malam..so tak nampak pantai, cume dengar desiran ombak dan angin pantai je..ralat jugak la tak dapat nak tengok pantai waktu siang..waa...mau datang lagi kat t.c
ari ke-dua di Charating sempat minum kopi Hai Peng dekat kemaman. dari cherating nak pegi kemaman dalam 10 minit je. roti bakar die best..roti tu dgr nye dorng buat sendiri, selain roti bakar dan berbagai-bagai roti yang lain ada jgk nasik dagang, mee hoon goreng, nasik lemak, dan kueh muih..smue tu dorng bungkus kecik2 je.tp, puas makan sebab sodap..
ini gambar bdk kecik n mak budak kecik mandi manda di kolam..:)
Wednesday, January 4, 2012
Auni 1st Year
Menu biasa aje..Hi-tea katakan..Wlupon biase tapi mcm2 yang ada..Mee Hoon Goreng,roti jala + Kari aym & Kentang, pulut kuning + rendang ayam, Laksam kelantan, karipap, Tauhu Sumbat, nuget, apam dot2,cocktail dan menu wajib kek coklat disponser oleh nenek sedara auni.mekasih ye.hehe Semoga Auni menjadi anak yang solehah..mmg itu impian semua ibu bapa kan..nak anak dia jadi org yang berguna dan hormat orang tua.InsyaAllah Ibu dan baba akan didik Auni ke arah itu.
Happy Birthday 1st Auni Syifa' Mohd Hanis Sayaangg
Monday, January 2, 2012
Selamat Datang 2012
Arini dah masuk 3hb Januari 2012..sekejap je dah masuk tahun yang baru dan umur pon dh nak masuk 30-an..waa..xpenah fkir ape akan jadi time umur2 mcm ni.Harap dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik utk terus beramal kepada Nya yang ESA..~Aminn~
Azam tahun ni nak bt my Kitchen..supaya lebih rajin masuk kedapur..hehe.InsyaAllah..klu ade rezeki dapat la siapkan secepat yg blh..ni azam hujung tahun lps..membawa ke tahun ni sebab nye x tercapai lg.:)..
Tahun lps adalah tahun baru utk pertama kalinya belajar membesarkan anak..dah tahu dah mcm mne mmbesarkan anak,time berpantang adalah memory yg sgt tidak dpt dilupakan..Pahit&manis..membesarkan Auni adalah saat2 yg plg manis..Auni pon dh setahun..sgt sekejap masa berlalu.semoga dia sihat selalu, bijak & pandai dan menjadi anak yg solehah.
Moga tahun ni menjadi yang lebih baik dan nak menerevote kan diri mnjadi hamba yang lebih beriman..
My SweetHeart
Wednesday, November 16, 2011
Sukatan
Carta ringkas sukatan imperial dan juga metrik
Saje tepek kt sini..senang klu lupe 250gm byk mane..lagi senang pkai cawan.9 oz = 250 gm
16oz (1 lb) = 450 gm
2 lb 4 oz = 1 kg
1 cawan mentega = 250 gm
1 cawan gula = 250 gm
1 cawan tepung = 125 gm
2 cawan tepung = 250 gm
1 camca kecil/teh = 5 gm
Monday, October 31, 2011
Auni 1st Time Fly
Ape pon percutian kali ni memang seronok n best sebab dapat bawak Auni jalan2..Auni pon good gurl..xbanyak ragam..senang dibawa berunding..tp, penat jugak auntie2 nak layan auni dalam bilik rest House..Habis die kemas beg2 Auntie2 semua.hehe
Monday, October 17, 2011
Anak Dara Ku Semakin Besar
Thursday, October 13, 2011
Weeding Hujung Minggu
Ok..tgk dulu pict weeding sue ni..cantik pelamin die..aku suke sgt..simple n nice..oh ye..majlis sue ni diadakan skali dgn abang die..so. aritu ade dua penantin. (:..tp, xsmpat nk tgk penantin..sbab aku kne gerak plk ke Putrajaya lps tu..
Majlis kat Dewan MBSA Shah Alam..
Ini Plk majlis Zam n pasangan di Dewan Melati Putrajaya
Monday, October 10, 2011
Birthday Party Putera
Rezeki masing-masingkan..kira bertuah Putera dilahirkan dalam keluarga yang serba cukup semuanya.Alhamdulillah.Auni klu nak mcm tu pon blh, ibu & baba leh kasi jgk..tp, nnti mjlis bday Auni kite bt kt rmh kita je..bukan kt restoran.klu nk kt restoran mewah cmtu..kite suh baba blanje kite bertiga je ok.hehe
Meh tgk pict2 yg besh ni..Tuesday, October 4, 2011
Tanda 100 Hari Kematian
Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-Nya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walau bagaimanapun, semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam saja, sedangkan orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka ini akan dicabut tanpa peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi pada beberapa keadaan :
1. Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hamba-Nya dan hanya akan disedari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sedar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu ‘Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging sapi yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan- akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sedar dan berdetak di hatinya bahawa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sadar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
2. Tanda 40 Hari Sebelum Hari Kematian
Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu ‘Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas ‘Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
3. Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan.
4. Tanda 3 hari
Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui / difahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
5. Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu ‘Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu ‘Asar keesokan harinya.
6. Tanda akhir
Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Penutup
Sesungguhnya marilah kita bertakwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita termasuk di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda- tanda kematian ini; semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan baik dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri, dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Namun demikian, sesuai dengan sifat Allah SWT Yang Maha Kuasa lagi Pemurah, Maha Pengasih, maka diriwayatkan bahawa tarikh kematian seseorang manusia itu masih dapat diubah dengan amalan doa, baik doa dari kita sendiri maupun doa dari orang lain. Namun hal ini adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.
Oleh kerana itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan waktu dan kesehatan tubuh / badan dan juga fikiran dalam sedaya-upaya kita untuk mencari keredhaan Allah SWT di dunia mahupun akhirat kelak.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
Wallahu a’lam…
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya
“Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa.
Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.”
Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.
Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati sebagaimana firman Allah SWT
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, ”
(Al-Imran :185)
Jadi bermula hari ini gunakanlah peluang yang berbaki untuk beramal soleh, berazamlah serta panjatkan doa agar kita mati dalam keadaan Husnul khatimah –
seelok-elok Kesudahan/kematian” dan mohon juga dari Allah dijauhkan kesudahan yang tidak baik.
1 hari = 24 jam = 1440 minit
1440 minit / 70 (ziarah Izrail) = 20.571 minit.
Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit, Subhanallah.. Allahu Akbar.
Dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita dikembalikan..
Wallahualam
Tuesday, September 20, 2011
AllahHuAkhbar...
sumber pict dari http://manzlie-makkah.blogspot.com
Tuesday, August 9, 2011
Sunday, July 31, 2011
Cameron Highlands kali ke-4
My family kecik gerak on 30hb July with org tumpangan pn.ina berkonvoi plk dgn pn Min&En.Lut..berkumpul dekat perhentian tapah.Member lein dh tnggu kat atas, Hana,Ayu,Tack & Nad dari ari jumaat dh bersosial kat sane.
lebih sejam naik jln yg berliku2...mmg mabok plk rase..nsib baik si kecik Auni tidur sepanjang perjalanan naik kat atas.rase nye die pon pening..sbab baru skejap jalan pusing2,dia terus tidur.time turun pon same mcm tu jagak.Macam mana agak nya baby sekecil tu pening ye..nak kate muntah xmuntah..mcm tu agak nye klu bdk kecik pening..terus tidur.. ke dia xtahu ape itu pening.hahaha
Aritu menginap di Equatorial Hotel..sib beik en.Hanis dpt voucer..klu x..xmerase la duk itu hotel..haha.Percutian 2D1N yang menggumbirekan dgn si kecik omel Auni..tnggu Auni besar skit kite neik lagi ye.kecik2 ni pegi Auni xigt ape2 pon.(:
*Huhu..dr last week nk upload gmbar xblh2..Xtau nape...publish post dulu la..pict nnti.*
Salam Ramadhan 1432H/2011
Mari lah kita sama2 menunaikan ibadah sebanyak yang mungkin dan anggap la ini Ramadhan terakhir kita.
Sunday, July 17, 2011
Birthday yg ke-28
Selain steamboat ada jugak menu lain macam nasik goreng, French Fries, Potato Wages,Chicken Nugget,Onion Rings. selain tu ade jugak desert yang pelbagai seperti ice-cream, marshmallow Leng-Chee-Kang, Manggo Jelly dan macam-macam lagi la..terlampau la banyak..leh tengok website dia kalau berminat..(:
Alhamdulillah masih diberikan umur yang panjang untuk sambut Hari Lahir tahun ni bersama mak tersayang..mak pon lahir hari yang sama dengan anak nya..